Friday 27 April 2012


Assalamualaikum :)

Memandang kan saya dah lama tak update blog so hari ini saya nak tulis agak panjang sikit :)
Okey ! hari ini saya nak tulis tentang pengalaman saya ke KEM INDUKSI DAN KENAIKAN PANGKAT .

Pada hari pertama saya jejak kaki ke sana , perasaan takut , seronok semuanya ada .
Aktiviti yang pertama kami buat ialah pasang khemah , first time pasang khemah tauu :)
Then lepas habis pasang , kami di minta ke padang untuk pembahagian platun , 1 platun kena
seorang mewakili sekolah tapi saya agak bernasib baik sebab ada seorang lagi kawan lelaki saya
sama platun dengan saya . Selepas itu , bermula lah aktiviti kawad yang sangat menyeronok kan ,
nak tahu sebab apa ? sebabnya ialah saya dapat jurulatih sangat sangat sporting , comel :D
Pada sebelah malamnya pula , kami hanya mendengar taklimat dari polis polis sehingga pukul 11
malam , selepas ja pukul 11 mlm kami diminta masuk ke khemah untuk aktiviti beradu , hehe :D
First night tidur dalam khemah saya tak boleh nak tidur , tidur kejap lepas tu terjaga .
Kenapa erk ? hoho , abaikan ja lahh .

Pada hari kedua pula , bangun ja pagi pada pukul 4.30 , awal kan kami bangun ? kami bangun awal bukannya kami rajin bangun awal tapi untuk mengelakkan bilik air tuu dari sesak dengan
manusia yang sibuk nak mandi , sebenarnya kami bangun bukannya mandi pun kami just buat buat yg mana penting jaa , hehehehe ^^ sejuk sangat air kat sana so nak mandi pun agak malas .
Aktiviti kami pada pagi hari , bermula pada pukul 8.00 aktiviti yang kami buat ialah senama pagi sehingga pukul 10.00 then lepas ja habis kami terus ke dewan makan untuk breakfast. Seterusnya ,
aktiviti kami ialah masuk ke kelas pelajaran polis. Pada malam harinya , aktiviti kami seperti biasa laaa :D

Pada hari ketiga pula , aktiviti dari pagi sehingga ke pukul 4 tetap sama seperti hari sebelumnya tetapi pada pukul 4.00 kami telah adakan raptai penutupan . Then pada malam hari aktiviti kami ialah berseronok , bersantai , maklumlahkan malam terakhir tinggal kat situ , antara aktiviti yang kami lakukan ialah menyanyi lagu rossa from SYAHIRAH HANIM & AINUN SOLEHA , hehehehe :D then kami buat aktiviti main goreng pisang *saya pun taktau game apa tuu , seterusnya kami main game kenakan orang , haha :D antara kawan kawan yg terkena ialah AIDA SYASYA & ARINA SHAHIRAH kawan dua orang ni buat persembahan dikir barat , serius tak larat nakgelak memang sporting habisss . Orang seterusnya ialah , FANDY RAHMAN dia ni pula nyanyi lagu
P.RAMLEE boleh tahan juga suara dia , hehehe nasib baik tak hujan waktu tu . Sebernarnya ramai yang terkena tapi saya just tulis kawan kawan yang buat saya gelak guling guling pada malam itu.

Pada hari terakhirnya , agak sedih nak tahu sebab apa ? sebabnya ialah kami terpaksa tempuh dugaan iaitu hujan lebat tengah kami seronok beradu , and time tu juga la khemah kami bocor . Ya allah!
kami terpaksa redah hujan ke dewan makan dalam keadaan sejuk terketar ketar then sampai di dewan makan kami diminta ke dorm , kami ingatkan dorm tu lebih selesa , nyaman and blabla ~ rupa rupanya apa yang kami sangkakan hanya satu perkara yg akan menyusahkan diri kami semua , keadaaan dorm yang sangat busuk , tidak selesa and paham paham laa sendiri -,- Kami terpaksa itdur dua katil yg single yang digabungkan dalam 7 orang tak salah saya , ya allah! betapa susahnya keadaan kami masa tu rasa macam nak nangis pun ada , saya tidur dlm keadaan duduk bersila then kawan kawan saya semuanya tidur dalam keadaan baring saya bukan apa saya tak sanggup nak tidur dlm keadaang busuk takut muntah , hehe :D kami just tidur kat sana tak sampai sejam rasanya lepas ja hujan renyai renyai kami terus pulang ke khemah , sampai ja sana kami tengok khemah kami yang sudah dipenuhi air and beg pakaian kami yang basah lecun -,- kesiann kat kami kan kan kan ? huhuhuhu , walaubagaimanapun , kami tetap seronok tinggal dalam hutan getah and kami akan tetap merindui hutan getah itu :D okey sambung balik yaaaa . Then lepas ja sampai di khemah kami terus berkemas barang , habis ja kemas kami terus bersiap diri untuk aktiviti terakhir kami pada pagi hari iaitu acara penutupan kem tersebut . Selepas ja bersiap , kami diminta ke padang kawad then sampai ja sana kami berdiri di sana punya lahh lama sebab nak tnggu ketua polis daerah kuala muda yang datang , lepas ketua polis tu datang bermula acara penutupan , tetapi semasa acara nyanyian lagu apa ntahh saya tak berapa nak ingat , ada seorang anggota kadet ni jatuh sebab lama sangat berdiri , nak tahu nak mcm mana dia jatuh ? dia jatuh seperti pokok yg baru kena tebang , punya lahh tegak masa dia jatuh tuuu , dah kejadian tu berlaku betul betul depan mata saya , sampai ternganga saya tengok dia jatuh and kawan kawan saya ada cakap yang kepala lelaki tu berdarah ya allah! kesiannnyaaa dia , saya harap lelaki tu sihat dah sekarang :)

Okey lah , sampai sini sahaja , tak larat nak tulis banyak banyak tu pun ada yang saya skip , hehehehe :D sorry yaaa kalau saya campur aduk kan bahasa bm and bahasa percakapan . huhuhu :D

ASSALAMUALAIKUM

1 comment: